Saya telah mencadangkan supaya penelitian terhadap bahasa mungkin, sebagaimana difahamkan sejak dahulu lagi, memberikan satu perspektif yang dapat membantu penelitian terhadap proses-proses mental manusia.
-Noam Chomsky
(1968, p. 84)
Bahasa sering didianggap sebagai 'sebuah tingkap bagi melihat minda'. Sejak lebih 25 tahun yang lalu, para pengkaji sebuah sub bidang kecil yang disebut psikologi kognitif atau psikolinguistik telah berusaha membersihkan cermin tingkap tersebut. (Slobin, D.I, 1978).
Apakah sifat tingkah laku berbahasa? Adalah penting untuk memahami perbezaan antara tingkah laku nyata dan struktur dalaman. Dalam Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain, perbezaan ini diperkatakan melalui konsep BAHASA dan PERTUTURAN (Slobin, D.I, 1978).
Tingkah laku pertuturan bermula daripada pemikiran kepada kata-kata; tingkah laku pendengaran bermula daripada kata-kata kepada pemikiran (Slobin, D.I, 1978). Untuk menggunakan bahasa Inggeris umpamanya, kita perlu mengetahui tatabahasanya iaitu fonologi, sintaksis, dan semantik selain dunia fizikal dan sosial yang menjadi konteks pertuturan Bahasa Inggeris supaya perbualan menjadi bermakna (Slobin, D.I, 1978).
Begitu juga dengan Bahasa Melayu. Jika berdasarkan penerangan di atas iaitu tingkah laku pendengaran bermula daripada kata-kata kepada pemikiran, bagaimana keadaannya dengan mereka yang mengalami kecacatan?
Untuk menuturkan sesuatu ayat, idea diperlukan bagi memperlihatkan apa yang ingin diperkatakan walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk kata-kata. Ini boleh diterjemahkan melaui isyarat. Wilhelm Wundt (1912, p. 242-43) menyatakan bahawa suatu ayat tidak boleh dianggap hanya sebagai rangkai kata, kerana, kata-kata sesuatu ayat adalah saling berkaitan dan mewakili konfigurasi mental (Slobin, D. I, 1978).
Descartes menyatakan bahawa 'orang-orang yang dilahirkan pekak dan bisu juga...biasanya mencipta sendiri tanda-tanda tertentu yang digunakan untuk difahami oleh orang-orang yang berada dengan mereka, cukup untuk mempelajari bahasa mereka' (Slobin, D.I, 1978). Ini menunjukkan bahawa keupayaan berbahasa juga dapat ditunjukkan melalui isyarat bagi menyampaikan maksud pemikiran. Isyarat ini termasuklah sistem suara, isyarat gerak dan sebagainya.
Bahasa isyarat ialah kaedah berkomunikasi yang digunakan oleh golongan bermasalah pendengaran (Ling, 1989). Menurut Clark (1999), bahasa isyarat ialah satu kaedah komunikasi yang menggunakan simbol – simbol tanpa menggunakan suara atau dikenali sebagai ’non – verbal communication’. Simbol – simbol yang digunakan boleh merupakan pergerakan tangan dan anggota badan yang lain, mimik muka, gambar, simbol – simbol atau isyarat yang mempunyai makna tertentu dan boleh difahami oleh kedua – dua pihak iaitu penutur dan penerima.
Sejarah bahasa isyarat telah pun bermula sejak kurun ke-16
lagi di barat. Pada tahun 1755, Abbe’ de L’Epee telah menubuhkan sekolah untuk
kanak – kanak pekak yang pertama di Paris. Kemudian Laurent Clerc yang
merupakan pelajar di sekolah kanak – kanak pekak tersebut telah berhijrah ke
Amerika Syarikat dan menubuhkan ’American School for the deaf ’ yangsseterusnya berkembang menjadi ’Gallaudet University ’.
Di Malaysia, BIM(Bahasa Isyarat Malaysia) digunakan di kalangan Orang Pekak
Malaysia dan merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi mereka.
BIM digunakan bagi memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi
kesan pemahaman yang baik antara satu sama lain. Selain itu, BIM juga
mempunyai peraturan untuk digunakan dan mempunyai tatabahasanya yang
tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh
seorang sahaja. Sementara itu, KTBM(Kod Tangan Bahasa Melayu) pula
bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam
tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila
berlakunya terjemahan daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam
tatabahasa Bahasa Melayu. KTBM ini tidak memberi kesan yang baik dan
melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. Bukan sahaja KTBM tidak dapat
memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, tetapi juga menyebabkan Orang
Pekak tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Apabila KTBM digunakan,
kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM (dipetik daripada blog http://sirkarami.tripod.com/biodata.htm).
Rujukan.
Slobin, D.I. (Penterjemah: Ton Ibrahim). 1991. Ilmu
Psikolinguistik Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Karami Wan Mahmud. Bahasa Isyarat. Akses daripada
http://sirkarami.tripod.com/bahasaisyarat.htm
pada 8 April, 12.05pm.
Kak Ann...kalu Budak baru belajar dah boleh bahas pasal psikolinguistik INI dikira bagus....ehhehehe...bkn Budak baru belajar...Mak Budak OK....ehehhehe
ReplyDeletemai, ni sebagai kesinambungan isu semalam yang dibawa oleh kak mas (skema tak ayat?) :-p
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih kak j :-)
DeleteSatu permulaan yang baik ann...
ReplyDeleteSelamat berbahasa...hehehe..